'position' : 'left', 'numPreferredServices' : 5 }, 'whatsnext' : {}, 'recommended' : {} }); 'numPreferredServices' : 5 }, 'follow' : { 'services' : [ {'service': 'facebook', 'id': 'Muhamad Zaidy Jamil'} ] }, 'whatsnext' : {}, 'recommended' : {} });

Monday 18 November 2013

MT STONE & BINA TEAM SDN BHD

Bagi entry kali ini pula adalah sebuah rekabentuk pejabat yang menjalankan urus niaga berkenaan batu/stone seperti marble,granite dan sebagainya.Konsep ruang pejabat ini adalah menggunakan batu/stone sebagai subjek utama dalam merealisasikan ruang ini. Pemilihan warna-warna "achromatic" di dalam ruang ini mengambil kira karakter semulajadi jenis-jenis batu yang terdapat di malaysia.Bagi ruang hadapan pula,pemilihan brown marble stone memberi kesan semulajadi terhadap ruang tersebut di tambah dengan rekabentuk backdrop yang terkini.





Sunday 17 November 2013

BICYCLE PARKING

Kali ini saya akan memaparkan sebuah projek tempat letak basikal di bawah usaha sama INT.DESIGN dan IRA DINAMIK di utara tanah air.Rekabentuk tempat letak basikal ini bertempat di UNIMAP,Perlis.Ia menggunakan pintu gerbang utama sebagai elemen penting dalam projek ini.







Saturday 16 November 2013

DAS HAUS DEVELOPMENT

Kalau sebelum ini ada memaparkan sebuah rumah di utara tanah air yang bergelar "Das Haus",Kali ini akan memaparkan idea asal sebelum proses pengubahsuaian di lakukan.Mengaplikasikan konsep modern,vintage dan natural memberi kesinambungan yang sempurna pada setiap sudut kediaman ini.Rekabentuk siling sebelum ini menggunakan kayu kocai,telah diubahsuai menjadi siling kapur tetap menarik perhatian sesiapa sahaja yang berada di kediaman ini.





Friday 15 November 2013

THE HOSTEL

Kalau dulu bila bercakap berkenaan hostel,kita akan dapat membayangkan suatu tempat yang membosankan. Tetapi, kelainan untuk bilik hostel di aplikasikan di salah sebuah IPTS yang terletak di Bandar Saujana Putra. Inginkan kelainan dan standard, rekabentuk yang menggabungkan tona warna kelabu dan jingga bertujuan untuk mengubah persepsi hostel sebelum ini mengikut arus rekabentuk terkini. Penggunaan tulisan di dinding yang dimuatkan kata-kata semangat untuk para pelajar kita disamping menjadi salah sebuah hiasan pada dinding yang menguatkan lagi elemen rekebentuk ruang ini.




Thursday 14 November 2013

DAS HAUS AFTER

Berkonsepkan Urban Living, Das Haus salah sebuah kediaman pereka dari utara yang menemui sentuhannya dengan kombinasi warna-warna semulajadi bersama pemilihan "designer item" pasti membuat jiwa anda merasa tenang bila berada di kediaman ini.









"MIX AND MATCH"

Gabungan warna "mustard yellow" bersama "grey" memberi inspirasi bagi yang inginkan kelainan dalam design kediaman.Dengan concept "mix and match" memberi gaya urban kepada ruang ini.Sentuhan kemasan kulit pada sofa dan pemilihan "egg chair" menambahkan lagi kewujudan ruang keluarga ini.